Ni trip leboxtrekker ke Kg Mat Daling, daerah Jerantut Pahang, kira antara kg pedalaman yang paling jauh dlm negeri Pahang. Masa perjalanan 4 jam musim kering dan boleh menjangkau 13 jam pada musim hujan bergantung pada situasi trek yg dilalui.
Trip ni juga membawa misi bantuan bekalan makanan dari Belia 4B Kg Lebak kepada penduduk kg Bukit Mat Daling, Jerantut.
Kg Mat Daling, terletak di tebing sungai Tembeling yang hilirnya adalah pintu masuk Taman Negara Pahang yang terkenal itu, bersebelahannya ialah Kg Bantal, Kg Pagi, dan Kg Gusai. Laluan sungai merupakan laluan utama penduduk untuk ke Jerantut dan di kg sekitarnya selain dari laluan darat yang melalui jalan balak dari Lepar Utara atau dari Kuala Tahan.
Kongsi gambar-gambar...
JDS8977 sedia beraksi...
leboxtrekker...3 4wd pun jadi.
Menyusur sungai dari Kg Mat Daling ke Kg Bantal
Pakej 3 hari 2 mlm
RM250/pax ( min 5 org )
Pakej trip ni merangkumi khemah, campbed. makanan, 4wd driver - tak termasuk peralatan dan keperluan peribadi.
Aktiviti tambahan rafting/kayaking - tiada bayaran tambahan.
Jika berminat, call je utk tarikh - cuti sekolah/cuti panjang shj. Hujung minggu tiada trip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan